Mon. Sep 27th, 2021

Santai Travel Channel

BANTUAN KEWANGAN “ONE-OFF” DISALUR KEPADA 17 PERSATUAN PELANCONGAN NEGERI SELANGOR MENERUSI PAKEJ KITA SELANGOR 2.0

2 min read

SHAH ALAM, 9 September 2021 – Kerajaan Negeri Selangor tidak mengetepikan keluh-kesah penggiat industri pelancongan Negeri Selangor yang terkesan dengan impak pandemik Covid-19 sejak mula pandemik ini melanda Negara pada tahun lalu. Jika tahun sebelumnya, Kerajaan Negeri Selangor telah menyalurkan bantuan sebanyak RM 2.6 juta kepada industri pelancongan menerusi Pelan Pemulihan Ekonomi Negeri Selangor 2020, tahun ini terbit sinar baharu untuk penggiat industri pelancongan Negeri ini dengan pelaksanaan insentif-insentif yang terkandung dalam Pakej Kita Selangor 2.0 yang telah diumumkan oleh Y.A.B. Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor pada 9 Jun 2021.

Pakej Kita Selangor 2.0 yang memperuntukkan sebanyak RM 2.55 juta kepada industri pelancongan Negeri Selangor merangkumi Geran Bantuan Kewangan Program atau Aktiviti Pelancongan Negeri Selangor berjumlah RM 1 juta, Baucar Pelancongan Negeri Selangor 2.0 berjumlah RM 1 juta, Program Latihan Pembelajaran Pendigitalan Pelancongan Negeri Selangor dengan kos sebanyak RM 300,000.00, serta Bantuan Kewangan “One-Off” kepada 17 Persatuan Pelancongan di Negeri Selangor dengan jumlah peruntukan sebanyak RM 255,000.00

Pihak Tourism Selangor pada Rabu telah menganjurkan satu Sesi Penyerahan secara maya melibatkan salah satu insentif Pakej Kita Selangor 2.0 untuk industri pelancongan, iaitu bantuan kewangan secara “one-off” kepada 17 Persatuan Pelancongan di Negeri Selangor.

Majlis yang disiarkan secara langsung menerusi laman media sosial rasmi Facebook Tourism Selangor telah disempurnakan oleh Y.B. Tuan Hee Loy Sian, EXCO Pelancongan dan Alam Sekitar Negeri Selangor.

 Barisan tetamu kehormat yang lain terdiri dari Tuan Azrul Shah Mohamad, Pengurus Besar Tourism Selangor dan Tuan Ishak Maulan, Penolong Pengarah, Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Negeri Selangor, dengan disertai wakil penerima dari 17 Persatuan Pelancong Negeri Selangor yang diraikan.

Y.B. Tuan Hee Loy Sian dalam sebuah kenyataan berkata; “Adalah menjadi harapan Kerajaan Negeri Selangor, agar insentif yang disalurkan kepada 17 Persatuan Pelancongan Negeri Selangor ini akan dapat sedikit sebanyak membantu membangunkan semula industri pelancongan Negeri ini. Diharapkan juga, insentif ini akan dapat memberi peluang kepada pihak Persatuan Pelancongan untuk terus memberikan sokongan kepada ahli-ahli mereka. Hal ini tentunya bagi menjamin kelansungan industri pelancongan Negeri, seterusnya menyokong Kempen Pusing Selangor Dulu yang sedang giat dijalankan oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui pihak Tourism Selangor”.

Kempen Pusing Selangor Dulu memberi penekanan kepada inisiatif promosi pelancongan domestik dengan melibatkan usahasama dengan penggiat industri pelancongan seperti pihak Hotel, Agensi Pelancongan, Media dan Syarikat Penerbangan. Tarikan pelancongan Negeri Selangor dijangka akan dapat dipromosikan secara lebih meluas menerusi Kempen ini yang giat dijalankan di laman digital dan media sosial rasmi Tourism Selangor dengan tandapagar #PusingSelangorDulu.

Facebooktwitterredditpinterestmail
Facebooktwitteryoutubeinstagram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.