Thu. Feb 2nd, 2023

SantaiChannel.com

Santai Travel Channel

AYDA JEBAT Dilantik sebagai Duta Kempen “Salam Taiwan”

2 min read

(Kuala Lumpur, 20 Januari) – Bagi merebut pasaran pelancongan Muslim bagi tahun 2023, Biro Pelancongan Taiwan telah berbesar hati untuk melantik selebriti muslim Malaysia – Ayda Jebat sebagai Duta Salam Taiwan. Sebuah video promosi “Salam Taiwan 2023” akan dilancarkan terlebih dahulu, dengan harapan untuk menarik lebih ramai pelancong Muslim untuk memilih Taiwan sebagai destinasi pelancongan mereka, berdasarkan pengalaman yang dilalui oleh Ayda sendiri.
Pada masa ini, hampir 300 restoran dan hotel di Taiwan telah memperoleh pensijilan halal.

Menurut “CrescentRating – Global Muslim Travel Index (GMTI)” bagi tahun 2022 oleh MasterCard, Taiwan berada di
tempat ke-2 bagi kategori destinasi pelancongan mesra muslim terbaik di kalangan negara bukan Islam di
dunia. Berdasarkan fakta ini, Biro Pelancongan Taiwan telah melancarkan projek promosi baharu “Salam
Taiwan 2023″, iaitu dengan meneruskan konsep berteraskan Taiwan sebagai negara mesra pelancong Muslim dari seluruh dunia, memperkenalkan logo promosi Salam Taiwan terbaharu, serta menambah sub – slogan “Destinasi Sensasi Mesra Muslim”, yang diharap dapat menyerlahkan dengan lebih jitu lagi akan keistimewaan Taiwan.
Pejabat Biro Pelancongan Taiwan di Kuala Lumpur berkata “Salam Taiwan 2023 akan memberi tumpuan kepada empat tema utama -“Vibrant”, Mesra Muslim, Romantik dan “Trending”, serta akan mempromosikan sumber pelancongan unik Taiwan kepada rakan Muslim secara lebih spesifik dan
mendalam.”


Sebuah video promosi berdasarkan konsep “Dengarkan Suara Taiwan” telah diterbitkan, dimana Ayda secara peribadi telah melawat Ladang Qin Jing, gunung Hehuan, Alishan, bersiar-siaran di Taipei, Taman tema, ladang riadah dan puak orang asli serta tarikan istimewa lain.
Bunyi angin, air, kereta api, nyanyian orang asli, dan penyediaan makanan telah dirakam bagimempersembahkan pelbagai daya tarikan apabila menikmati pengembaraan ke seluruh Taiwan. Selain itu, suami Ayda, Nabil Mahir, turut membuat penampilan dalam video promosi tersebut, menyerlahkan detik- detik manis serta romantik.

Ketika ditemui, Ayda berkata “Saya sangat gembira kerana telah terpilih sebagai Duta Salam Taiwan.
Sebelum ini, saya tidak pernah terfikir untuk melancong ke Taiwan, kerana Taiwan adalah sebuah negara
yang terlalu asing bagi saya. Tapi, kesudahannya, saya telah jatuh cinta sebaik sahaja menjelajah ke sebahagian besar Taiwan! Baik dari segi kemesraan warga Taiwan, keindahan, keseronokan membeli-belah hinggalah ke pelbagai pilihan makanan halal yang lazat dan mudah untuk dinikmati! Saya tidak sabar untuk berkongsi keistimewaan Taiwan yang cantik dan “vibrant” ini kepada peminat saya!
Di majlis pelancaran hari ini, Pengarah Encik Abe Chou dari Biro Pelancongan Taiwan telah berbesar hati
untuk menyampaikan sijil pelantikan kepada Ayda sebagai Duta Salam Taiwan di Malaysia, dengan
disaksikan oleh Cik Phoebe Yeh, wakil Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Malaysia. Cik Phoebe
Yeh juga menjelaskan bahawa pada masa ini, adalah amat mudah bagi pelancong Malaysia untuk pergi ke
Taiwan kerana terdapat banyak syarikat penerbangan seperti China Airlines, EVA Airlines, dan STARLUX
Airlines yang menawarkan penerbangan secara terus ke Taiwan. Pelbagai video promosi telah dirancang
untuk dimainkan di kaca TV Malaysia, slot iklan di pawagam tempatan, billboard elektronik dan internet,
dengan menyasarkan peningkatan sehingga dua angka bagi peratusan pelancong Muslim dari Malaysia yang berkunjung ke Taiwan setiap tahun.

Facebooktwitteryoutubeinstagram
Facebooktwitterredditpinterestmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *