Sat. Jul 27th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

Awesome Samsung A32 5G

2 min read


Baru-baru ini, saya berpeluang menguji telefon pintar premium Samsung Galaxy S215G. Apa yang boleh saya katakan model telefon ini cukup lengkap dan penuh dengan kuasa untuk mereka yang berkemampuan kerana harganya agak mahal. Tapi usah risau kerana Samsung amat peka dan mereka tidak mengetepikan koleksi telefon pintar kelas pertengahan. Tanpa membuang masa, Samsung telah melancarkan siri Galaxy A terbaru, bukan satu malah tiga model sekaligus. Apa yang saya ingin kongsi di sini adalah model Samsung Galaxy A32 5G. Model ini adalah yang termurah jika dibandingkan dengan Galaxy A52 dan Galaxy A72. 

Namun ketika saya membuka kotak Samsung Galaxy A32 5G, tanggapan pertama untuk siri Galaxy A32 5G adalah ‘not bad’. Kenapa saya berpuas hati dengan siri Galaxy A32 5G. Pertama sekali tentulah dengan harganya, hanya dengan RM1,199, anda dapat memiliki telefon pintar jenama Samsung. Cukup mengagumkan! Jika dilihat pada rekaannya, cukup ‘up to date’. Dengan harga yang ditawarkan saya mendapat telefon pintar dengan warna yang menarik, kamera belakang dan depan yang bagus serta malah dengan prestasi yang mengagumkan. Malah saya bersyukur kerana di dalam kotak terdapat pengecas untuk telefon pintar ini, tidak sama dengan Samsung Galaxy S21 5G yang tidak disertakan dengan pengecas.

Spesifikasinya mantap, dengan skrin Super AMOLED 6.4 inci Full HD dikuasakan dengan 8GB RAM dan memori dalaman 128GB. Saya juga suka dengan layar infiniti dan kamera depan yang terletak di tengah. Rekaannya nampak ‘simple’ namun penuh gaya. Telefon ini sedap dipegang malah kelihatan elegan bila diletakkan di atas meja makan. Sekali pandang seperti telefon pintar model premium. Samsung memberikan pilihan empat warna dan saya memilih warna Awesome Blue. Kedua, saya juga gemarkan rekaan tiga kamera di belakang, kelihatan mahal! Lensa kamera yang sejajar dengan badan mencuri perhatian saya.

Layar skrin dengan panel Super AMOLED memberikan visual yang cukup baik. Warna yang terhasil adalah tajam dan cerah serta menghasilkan warna hitam dengan sempurna. Samsung Galaxy A32 5G juga dilengkapi dengan eye comfort shield. Terakhir sekali kamera yang disertakan untuk Galaxy A32 5G cukup lengkap. Kamera belakang ada lensa utama 64MP f/1.8, lensa ultra wide 8MP f/2.2, lensa makro 5MP f/2.4 dan lensa sensor kedalaman 5MP f/2.4. Satu lampu flash membantu pencahayaan kamera ini. Untuk kamera depan pula adalah 20 MP f/2.2. Nantikan ulasan penuh saya mengenai telefon pintar ini dalam artikel seterusnya.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *