Fri. Apr 19th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

Applikasi Penghantaran Makanan Fastrexs Patuh Syariah

2 min read


Pulau pelancongan terkenal di Malaysia, Langkawi menjadi lokasi pelancaran applikasi Fastrexs, satu applikasi penghantaran makanan terbaru di Malaysia. Applikasi ini dibangunkan oleh syarikat milik bumiputera sepenuhnya, Fastrexs (M) Sdn. Bhd. Majlis pelancaran applikasi Fastrexs ini telah dilancarkan oleh YB Tuan Haji Juhari bin Bulat, Pengerusi Bersama LADA merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Hangat dan Timbalan Speaker. Turut hadir ketika majlis ini berlangsung di Goldsands Hotel, Kuah adalah Encik Jeyarajan Sri Ramalu, Ketua Pegawai Eksekutif Fastrexs (M) Sdn. Bhd, Encik Rusmad Norhady bin Mohamad, Ketua Pegawai Pemasaran Fastrexs dan Encik Farhan bin Umar, Ketua Pegawai Operasi Fastrexs. 

Applikasi Fastrexs  merupakan satu applikasi atas talian yang menawarkan perkhidmatan penghantaran makanan dan barangan. Menurut Jeyarajan Sri Ramalu,  applikasi ini berbeza dengan applikasi penghantaran makanan yang sedia ada di pasaran sekarang di mana applikasi Fastrexs adalah 100% patuh syariah di mana hanya penghantaran makanan dan produk halal sahaja yang dibenarkan. Malah applikasi Fastrexs itu bukan sahaja mensasarkan restoran makanan halal malah ia turut membuka peluang perniagaan kepada suri rumah untuk memasarkan produk makanan mereka melalui masakan di rumah (home kitchen). “Saya mendoakan ianya baik dari segi di mana ia boleh membantu menjana pendapatan orang kampung di Pulau Langkawi. Apabila sudah ramai yang mendaftar di bawah applikasi ini, kita sudah tahu jenis-jenis makanan apa yang sedap dan kita boleh tempah dari rumah-rumah tertentu,” kata YB Haji Juhari yang ditemui ketika majlis berlangsung. 

Dalam aspek patuh syariah pula, kegusaran masyarakat Muslim dengan kemungkinan makanan yang bercampur dengan makanan yang tidak halal dapat dicegah kerana applikasi ini hanya ditawarkan kepada pengusaha makanan halal sahaja. “Kalau kita lihat dari segi penyimpanan makanan dalam kotak sekecil itu, dalam kehidupan norma sekarang kadang-kadang kotak sekecil ini mengambil tempahan yang begitu banyak dalam satu hari hanya dengan satu penunggang (rider) sahaja, ia menimbulkan keraguan. Jadi kami di Fastrexs cuba menekankan konsep patuh syariah di mana pengguna tidak perlu ragu-ragu lagi tentang makanan yang dibawa oleh penunggang Fastrexs,” terang Rusmad Norhady. 

Applikasi ini bukan sahaja patuh syariah malah ia turut memperkasakan industri Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) dengan membantu menghantar produk-produk pengusaha ke pintu rumah atau penginapan pelanggan. Manakala bagi penunggang Fastrexs pula, insentif menarik telah dijanjikan untuk membantu mereka menjana pendapatan. Applikasi ini boleh dimuatturun di Google Playstore untuk pengguna Android manakala untuk pengguna Apple akan dapat memuatturun applikasi ini dalam masa terdekat. 

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *