Sat. Apr 20th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

ALAMANDA DAN MESRA MALL RAI KEBERKATAN RAMADAN BERSAMA ANAK-ANAK YATIM

1 min read


PUTRAJAYA, – Seiring dengan kehadiran bulan Ramadan, untuk kesekian
kali nya Pusat Beli-Belah Alamanda menganjurkan majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan yang kurang bernasib baik dari Pusat Jagaan Kanak-Kanak Yatim dan Miskin Rukaiyah, Bangi.
Seramai 42 kanak-kanak yang berumur 8 sehingga 17 tahun disambut mesra oleh Pengurus Besar Pusat Beli-Belah Alamanda, Pang Sook Fong apabila mereka tiba di Perkarangan ‘Centre Court’, Pusat Beli-Belah Alamanda.
Antara detik yang paling bermakna buat anak-anak kecil ini apabila mereka menerima tajaan kelengkapan Hari Raya. Senyuman dan kegirangan jelas terpancar di wajah mereka ketika mana mereka diberi peluang untuk memilih sendiri persalinan aidilfitri termasuk baju Raya serta kasut raya yang baharu.
Selain daripada tajaan membeli-belah, anak-anak ini dihiburkan dengan persembahan
tradisional ‘dikir barat’. Untuk keceriaan berganda, mereka turut menerima sumbangan berbentuk ‘duit raya’ dan sepasang lagi persalinan baju raya yang ditaja oleh rakan niaga Pusat Beli-Belah Alamanda. Program menyantuni anak-anak yatim ini diakhiri dengan Majlis berbuka puasa di sebuah restoran di Pusat Beli-Belah Alamanda.
Pengarah Esekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Andrew Brien mengulas, “Sebagai sebuah
organisasi yang fokus dengan tanggungjawab sosial korporat, adalah suatu yang sinonim bagi kami untuk terus memberi semula kepada masyarakat dan komuniti sekitar. Kami amat berbangga dengan peluang yang diberikan untuk menyantuni Anak-Anak Yatim dan Miskin
Rukaiyah pada bulan yang mulia ini.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *