Sat. Jul 27th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

7 ZOO PELIHARAAN KECIL DAN LADANG BINATANG TERNAKAN DI SELANGOR

6 min read

Temui zoo peliharaan dan ladang binatang ternakan terbaik di Selangor, di mana
anda boleh berjumpa dengan haiwan-haiwan yang comel dari dekat. Terdapat banyak
haiwan seperti arnab yang berbulu gebu serta kuda yang jinak, tempat-tempat ini
menawarkan keseronokan untuk semua. Mari jelajahi keajaiban alam dan cipta
kenangan yang tidak terlupakan dengan haiwan-haiwan yang comel dan manja!

HUSSIN FAUZI FARM, KUALA SELANGOR
Terletak di Perkampungan Bukit Belimbing, Hussin Fauzi Farm adalah sebuah zoo
ternakan kecil dengan harga yang berpatutan iaitu RM15.00 untuk dewasa dan RM7.00
untuk kanak-kanak. Terdapat pelbagai haiwan yang sukar ditemui seperti Llama,
Alpaka, Unta dan Burung Unta. Pengunjung dibenarkan untuk melihat dan menyentuh
haiwan-haiwan tersebut dengan pengawasan rapat oleh kakitangan Hussin Fauzi Farm.
Selain itu, pengunjung juga boleh memberi makan haiwan- haiwan tersebut dengan
makanan haiwan yang disediakan oleh zoo dengan harga RM2.00. Beberapa haiwan
seperti Burung Unta, Burung Merak, Ayam dan Rusa juga akan dilepaskan bebas di
sekitar kawasan dan mendekati pengunjung yang datang ke zoo. Hussin Fauzi Farm
juga mempunyai gerai yang menjual makanan dan minuman ringan untuk pengunjung
yang ingin mengisi perut dan berehat. Dengan harga yang berpatutan dan pelbagai
jenis haiwan ternakan untuk dilihat, Hussin Fauzi Farm adalah sebuah ladang yang
mesti dilawati bersama keluarga dan orang yang tersayang. Klik pautan di bawah untuk
mendapat informasi lanjut:
https://www.facebook.com/people/Hussin-Fauzi-Farm-Taman-Haiwan/
https://www.tiktok.com/@hussinfauzifarm

BUKIT JELUTONG ECO COMMUNITY PARK, BUKIT JELUTONG
Bukit Jelutong Eco Community Park adalah sebuah taman persendirian yang terbuka
untuk orang ramai. Taman ini sesuai untuk pencinta alam yang ingin melawat dan
menikmati pemandangan hijau sambil mendaki bukit yang terdapat disekitar taman ini
atau beriadah di tasik yang ada di sini. Pengunjung boleh datang ke taman ini tanpa
dikenakan sebarang caj. Walaubagaimanapun, pengunjung dinasihati untuk berkunjung
ke sini di waktu awal pagi, memandangkan tempat letak kenderaan adalah agak terhad.
Untuk pencinta haiwan, terdapat Kambing, Itik, Burung Unta, Iguana dan Landak yang
dipelihara di ladang yang ada di taman ini. Pengunjung boleh berinteraksi dan bermain
dengan haiwan- haiwan di sini. Makanan haiwan juga disediakan dengan harga
serendah RM5.00 hingga RM10.00 di pintu masuk taman. Pengunjung boleh melawati
ladang di Bukit Jelutong Eco Community Park dari jam 9:00 pagi hingga 10:30 pagi
untuk sesi pagi dan dari jam 3:00 petang hingga 7:00 petang untuk sesi petang. Selain
itu, pengunjung yang ingin berehat boleh melawat kafe mereka untuk menikmati
makanan dan kopi yang disediakan. Pengunjung yang datang ke sini juga dapat
menikmati suasana yang tenang, sambil beriadah dan mengambil gambar. Klik pautan
di bawah untuk mendapat informasi lanjut:
https://www.facebook.com/BukitJelutongEcoCommunity/
https://www.instagram.com/bukitjelutongecocommunity
http://www.ecocommunitypark.org/lander

IOI CITY FARM, IOI CITY MALL, SEPANG
IOI City Farm merupakan zoo mini di dalam bangunan dengan pelbagai hidupan liar,
serangga, hidupan akuatik dan banyak lagi. Terdapat Kucing Bengal, Tikus Belanda,
Walabi dan Monyet Marmoset serta pelbagai lagi haiwan untuk pengunjung berinteraksi
bersama dan memberi makan. Terdapat juga mesin layan diri yang menjual makanan
haiwan dengan harga RM 10.00 untuk satu paket untuk aktiviti memberi makan kepada
haiwan-haiwan kecil di sini seperti Arnab, Tikus Belanda, Ikan Koi dan banyak lagi.
Pengunjung juga boleh menangkap beberapa ikan kecil dengan jaring yang tersedia,

sesuai untuk dewasa atau kanak- kanak. Para pengunjung juga boleh membeli
cenderahati dan barangan yang unik untuk disimpan.
Klik pautan di bawah untuk mendapat informasi dengan lebih lanjut:
https://www.ioicityfarm.com.my/
https://www.instagram.com/ioicityfarm/

G2G ANIMAL GARDEN, SERDANG
Sebuah zoo peliharaan kecil dengan lebih daripada 80 spesies eksotik dan tempatan.
Pengunjung yang datang ke Taman Haiwan G2G di Serdang akan melihat pelbagai
tarikan seperti burung hantu, rumah kucing, rumah terapi, taman arnab, laman ternakan
kampong, santuari rusa, dan rumah reptilia. Untuk rakyat Malaysia, harga kemasukan
berharga diantara RM25.00 hingga RM35.00 dan untuk pelacong, harga masuk
berharga diantara RM50.00 hingga RM60.00. Pengunjung boleh melihat haiwan-haiwan
ini dengan lebih dekat, membelai dan memberi makan makanan haiwan. Antara haiwan
peliharaan yang ada adalah seperti Capybara, feret, Unta, Rakun, Alpaka dan banyak
lagi. Pengunjung juga boleh memberi makan kepada haiwan- haiwan di sini dengan
harga RM 10.00 untuk satu baldi. Selain itu, terdapat juga banyak aktiviti
menyeronokkan untuk kanak-kanak dan orang dewasa seperti menunggang kuda
dengan kos RM8.00 setiap perjalanan dan aktiviti memancing ikan-ikan kecil dengan
kos RM5.00 seorang. Pengunjung juga boleh membawa pulang ikan yang ditangkap
dan bawa pulang untuk dipelihara. Klik pautan di bawah untuk makluman lebih lanjut:
https://www.g2ganimalgarden.com/
https://www.tiktok.com/@g2ganimalgarden
https://www.instagram.com/g2ganimalgarden/

JUST PETS MEGASTORE, TROPICANA GARDENS MALL, PETALING JAYA
Dikenali sebagai zoo peliharaan dalam bangunan yang terbesar di Malaysia, Just Pets
Megastore di Tropicana Gardens Mall di Petaling Jaya adalah kedai haiwan peliharaan
dengan zoo mini yang dipanggil ‘Just Farm’ yang memerlukan pembayaran kemasukan
sebanyak RM48.00 untuk dewasa dan RM38.00 untuk kanak-kanak. Zoo mini ini
mempunyai banyak haiwan eksotik untuk pengunjung datang dan melihat haiwan,

memberi makan dan berinteraksi dengan haiwan- haiwan di sini seperti Meerkat,
Rakun, Tikus Belanda, Kambing Pygmy, Alpaka, pelbagai jenis Reptilia dan banyak
lagi. ‘Just Farm’ juga menyediakan makanan untuk diberi kepada haiwan-haiwan
tertentu dengan harga RM10.00 setiap baldi. Selain itu, Just Pets Megastore juga
mempunyai tempat yang dikhaskan untuk penjagaan kucing-kucing eksotik seperti
Maine Coons, Munchkins, British Short Hairs dan banyak lagi yang dipanggil ‘Just
Cats’. ‘Just Cats’ dibuka dalam masa yang terhad untuk pengunjung masuk. Bukan itu
sahaja, Just Pets Megastore juga menjual pelbagai jenis ikan air tawar, ikan air laut,
kucing, sugar glider, aksesori akuarium dan keperluan haiwan peliharaan lain. Mana-
mana pelawat yang ingin menjamu selera, terdapat kafe ‘Just Eats’ boleh didapati
dalam kedai ‘Megastore’ yang menjual pelbagai jenis makanan. Daripada zoo mini ke
kafe, pencinta haiwan peliharaan dapat menikmati pengalaman yang menyeronokkan.
Klik pautan dibawah dengan lebih lanjut:
https://justpets.asia/
https://www.instagram.com/justpetsmegastore/
https://www.tiktok.com/@just.pets.megastore

THE MINS, KOTA DAMANSARA
Dengan lebih daripada 60 spesies yang berbeza dari Afrika, Amerika Selatan dan Asia
Tenggara, pelbagai jenis mamalia, reptilia, amfibia, dan ikan untuk pelawat dan
pencinta haiwan untuk bermain bersama. Dengan caj hanya RM 30.00 untuk dewasa
dan kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas, pengunjung boleh melihat beberapa haiwan
eksotik seperti Musang Canadian Marble, Prairie Dog, Kuda, dan banyak lagi.
Beberapa haiwan seperti kambing dan ular juga dijual di sini. Bagi mana- mana
pengunjung yang ingin berehat dan bersantai, Kafe Luckbros Kopi boleh didapati di zoo
mini ini yang menyajikan pelbagai juadah tempatan dan luar negara seperti Nasi
Lemak, Pasta, Mi, dan minuman yang menyegarkan untuk dicuba. The Mins
menyediakan ruang dewan untuk menyewa, kafe dan zoo kecil yang sesuai untuk
mana-mana pencinta haiwan peliharaan untuk ingin menganjurkan acara di lokasi yang
tersedia. Klik pautan dibawah untuk maklumat lanjut:
https://www.instagram.com/theminsatkd/

FARM IN THE CITY, SERI KEMBANGAN
Farm In The City adalah ladang peliharaan yang mendapat perhatian ramai penduduk
tempatan dan pelawat. Harga tiket biasa berharga diantara RM48.00 hingga RM58.00
manakala rakyat Malaysia boleh mendapatkan diskaun apabila anda menunjukkan
MyKad anda di kaunter tiket yang berharga dari RM32.00 hingga RM39.00. Pengunjung
boleh melihat pelbagai haiwan eksotik seperti pelbagai spesies Kura-Kura, Kambing,
Alpaka, Keldai, Rusa dan banyak lagi haiwan yang berkeliaran bebas di kawasan Farm
in the City. Makanan haiwan juga disediakan untuk pengunjung membeli dan memberi
makan dengan hanya RM10.00 sebaldi. Bukan itu sahaja, kakitangan di sini juga akan
sentiasa ada di sekitar untuk membantu pengunjung bermain dan mengambil gambar
dengan beberapa haiwan eksotik seperti Rakun, burung hantu dan reptilia yang sangat
jinak. Snek dan minuman juga disediakan di zoo mini ini untuk mana-mana pengunjung
yang ingin berehat dan menikmati pemandangan. Dengan aktiviti ladang tersedia setiap
hari seperti memberi makan haiwan dan serta bermain dengan haiwan, pengalaman
mengunjungi ke Farm in the City semestinya sesuatu yang tidak dapat dilupakan. Klik
pautan di bawah untuk maklumat lanjut:
https://farminthecity.my/
https://www.instagram.com/farminthecitymalaysia/

PENUTUP
Sama ada anda mencari tempat untuk bermain sambil belajar, mencari tempat yang
tenang bersama haiwan atau hanya ingin memenuhi hari anda dengan aktiviti yang
menyeronokkan, zoo mini dan ladang peliharaan haiwan yang terdapat di Selangor
semestinya akan memberikan anda pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Daripada
haiwan- haiwan seperti Arnab, Kambing, serta Kuda dan Alpaka yang jinak, tarikan-
tarikan di kesemua tempat ini semestinya menawarkan banyak keindahan alam semula
jadi dan kegembiraan berinteraksi dengan haiwan. Untuk lebih banyak inspirasi
pelancongan di Selangor, layari laman web rasmi Tourism Selangor,
www.selangor.travel,

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *