Wed. Jul 17th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

SELANGOR MENDAHULUI PASARAN PELANCONGAN DOMESTIK 2023

1 min read


Konsisten Mengungguli Pelancongan Domestik dengan 27.6 Juta Pengunjung Direkodkan pada Tahun Lalu

SELANGOR : Selangor terus mendominasi pelancongan domestik, mencatatkan kemasukan 27.6 juta pengunjung domestik pada tahun 2023. Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, Selangor mengatasi semua negeri lain di Malaysia, diikuti dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 22.2 juta pengunjung dan Sarawak sebanyak 17.9 juta pengunjung.
Ini menandakan tahun ketiga berturut-turut Negeri Selangor menerajui dalam pasaran pelancongan domestik. Pada tahun 2021, negeri Selangor telah menerima 10 juta pengunjung domestik, yang meningkat kepada 22 juta pada tahun 2022. Pertumbuhan yang mampan ini telah meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Selangor dengan ketara, menyumbang RM 2.571 bilion pada 2023. Pencapaian ini menggariskan peranan Negeri Selangor yang penting dalam memacu pertumbuhan ekonomi melalui sektor pelancongan.
Prestasi luar biasa negeri ini adalah bukti kejayaan kempen pelancongan domestiknya, “Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu!”. Dengan mempromosikan 10 segmen pelancongan yang pelbagai di 9 daerah, kempen ini telah meletakkan asas yang kukuh untuk Tahun Melawat Selangor 2025 yang akan datang.
Menuju ke tahun hadapan, Negeri Selangor menyasarkan untuk meneruskan kejayaannya dengan menarik 8 juta pelancong, termasuk pelancong domestik dan antarabangsa. Negeri Selangor terus komited untuk meningkatkan tawaran tarikan pelancongan dan memastikan ia kekal sebagai destinasi utama untuk pelancong.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *