Wed. Jul 17th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

GERAK ISTANA BUDAYA DITERUSKAN DENGAN LAMBANG SARI SERIES 2: SYMPHONIC SPECTACULAR

2 min read

Screenshot

KUALA LUMPUR : Kempen GERAK Istana Budaya (IB) diteruskan lagi dengan program Lambang Sari Series ke-2 (LSS 2) oleh Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) dengan tema Symphonic Spectacular selepas kejayaan LSS 1 pada 18 Mei 2024 yang lalu di Dewan Filharmonik PETRONAS.
Panggung Eksperimen, Universiti Malaya (UM) menjadi pertaruhan bagi program LSS 2 sebagai salah satu usaha mempromosikan muzik klasikal dalam kalangan mahasiswa. Selain memberi peluang kepada para pelajar untuk melihat sendiri latihan muzik melalui sesi open rehearsal oleh pemuzik OSK, mahasiswa UM turut berpeluang melihat sendiri bagaimana proses pengurusan produksi dijalankan lebih-lebih lagi pengurusan di belakang pentas.

Puan Zubaidah Mukhtar, Ketua Pengarah Istana Budaya menyatakan bahawa “pemilihan venue UM melalui Fakulti Seni Kreatif merupakan sebuah kerjasama yang baik dalam memberi peluang kepada pelajar untuk mempelajari, memahami serta melihat sendiri proses sesebuah kumpulan orkestra dan produksi melaksanakan sebuah persembahan yang bertaraf cemerlang. Lambang Sari Series merupakan gerbang peluang kepada semua untuk lebih mendekati dan mendalami seni muzik klasikal barat dengan harga RAHMAH yang amat berpatutan.”

Encik Eric Lee Yin Fah tampil sebagai konduktor orkestra mengemudi seramai 75 orang pemuzik OSK termasuk pemuzik jemputan dengan mengangkat lagu-lagu dari persembahan opera terkenal dan komposisi lagunya adalah seperti Dmitri Kabalesky (Overture Colas Breugnon, Op. 24), Alexander Borodin (Polovtsian Dances from Prince Igor), Roberto Molinelli (Four Pictures from New York), Ralph Vaughan Williams (Fantasia on Greensleeves), Elmer Bernstein (The Magnificent Seven) dan Camile Saint – Saens – (Danes Bacchanale from Samson and Delilah).

Keunikkan LSS 2 kali ini merupakan persembahan klasikal barat yang pertama menampilkan pemain solo saksofon dengan menjemput Scarlet Gouk. Soloist tempatan ini menonjolkan keistimewaan saksofonnya dengan mempersembahkan alunan muzik berbentuk soprano sax, alto sax dan tenor sax yang jarang sekali diketengahkan dalam iringan muzik orkestra berbentuk klasikal barat. Walaupun Scarlet Gouk kini menetap di Hong Kong, namun kecintaannya terhadap tanah air dan muzik akan terus memberi inspirasi kepada masyarakat tempatan untuk mempelajari ilmu dan menonjolkan sisi keindahan bermain saksofon.

Untuk maklumat lebih lanjut, awam boleh melayari portal dan di setiap platfom media
sosial Istana Budaya atau menghubungi Unit Perhubungan Awam, Istana Budaya di
talian 03-4026 5555 / e-mel ke info@istanabudaya.gov.my .

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *